Seminar Kepimpinan Jentera Pilhan Raya

March 7th, 2010
Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah mengadakan satu Seminar Kepimpinan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pas Negeri Kelantan pada 20/02/2010 bertempat di Akademi Kepimpinan Pemuda, Kok Lanas. Ajk Pemuda Kawasan serta dun diwajibkan untuk menghadiri seminar tersebut.
Seminar tersebut telah dirasikan oleh YB Haji Abdul Fatah Haron, Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja pertama: Garis Panduan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pas telah dibentangkan oleh Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Pusat.
Kertas kerja kedua: Pelan Bertindak Kemenangan PRU Ke 13 Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas Kelantan telah dibentangkan oleh Saudara Mohd. Nuri Mat Yaacob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Kelantan dan kerta kerja ketiga: Kempen Jom Sertai Pas telah dibentangkan oleh Saudara Muhammad Hafiz Musa, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.
Manakala majlis penutupnya dirasmikan oleh YB Ustaz Haji Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Dalam perasmian penutup itu juga, beliau telah melancarkan kempen Jom Katakan Tak Nak Kepada Arak, Pergaulan Bebas dan Zina.

Abdul Latif Abdul Rahman lancar kempen anti gejala sosial ‘Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!’

February 24th, 2010

KOK LANAS:– Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melancarkan kempen ‘Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!’ melalui Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam di Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), di sini.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Kempen ini mensasarkan golongan muda dan remaja bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai bahaya pergaulan bebas, zina dan arak.

“Amalan tersebut bukan sahaja membawa keburukan dan kebinasaan dalam masyarakat, akan tetapi akibat dosa yang ditanggung akan mendapat azab yang berkekalan di akhirat sekiranya mereka tidak bertaubat,’’ katanya ketika merasmikan kempen tersebut.

Turut hadir sama ialah wakil DPPP, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ramai lagi.

Abdul Latiff berkata, peringkat awal kempen itu dilancarkan dalam bentuk edaran pelekat kenderaan dalam dua saiz yang tertulis ‘Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!’ dan edaran risalah ‘Zina meruntuhkan Institusi Kekeluargaan’.

Beliau berkata, turut tertera ialah petikan maksud ayat al-Quran supaya menjauhi zina, statistik Jabatan Pendaftaran Negara mengenai pendaftaran anak tanpa bapa dan statistik anak luar nikah menurut negeri-negeri di Malaysia.

Menurutnya, kempen tersebut juga bertujuan memberi kefahaman mengenai cara hidup Islam yang sebenar kepada golongan muda supaya mereka betul-betul menjadi rakyat yang faham dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka seharian di samping tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

Seramai lebih 100 orang wakil Dewan Pemuda setiap kawasan termasuk Jeli dan Gua Musang turut hadir dalam program ini.

Kesempatan ini juga turut diambil oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang untuk melancarkan derma kilat kepada mangsa kebakaran rumah kedai di Pulai Chondong pada Sabtu lalu dan mereka berjaya memungut sumbangan derma sebanyak RM596.10.

Ustaz Abdul Latiff: Hantarlah seorang anak timba ilmu agama,

February 10th, 2010

oleh Krai Utara

Ibu bapa perlu sedar adalah menjadi tanggungjawab mereka atau sebagai suatu fardhu kifayah untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama, bagi melahirkan generasi mempunyai ilmu agama dan berbakti kepada masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, dalam sebuah keluarga seboleh-bolehnya seorang anak dihantar ke sekolah agama bagi membolehkan mereka menguasai ilmu akhirat yang pastinya tidak merugikan.
Abdul Latiff berkata, potensi anak yang dihantar ke sekolah agama adalah sama dengan sekolah biasa malah lebih baik, memandangkan ia memberikan bukan sahaja akademik tetapi juga ukhrawi dan siasah.
“Kalau boleh, sekurang-kurangnya seorang anak dalam keluarga dihantar ke sekolah agama untuk membolehkan dia mempelajari selok-belok ilmu agama dan sekurang-kurangnya mampu memandikan jenazah ibu bapa kemudian hari.
“Tetapi jika semua anak dihantar ke sekolah agama, lagi bagus kerana sekolah agama juga menyediakan peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, dan kelebihannya ialah mereka akan menguasai ilmu agama dalam masa yang sama,” ketika majlis menyampaikan sumbangan hadiah kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan sumbangan pakaian seragam di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Saadah dekat sini, semalam.
Abdul Latiff berkata, akibat kekurangan generasi berilmu agama ini juga majlis ilmu seperti ceramah agama juga semakin kurang di kawasan tertentu sehinggakan hanya ada satu sahaja kuliah agama dalam masa seminggu.
Katanya, sedangkan kuliah agama di surau atau masjid perlu diadakan sekerap mungkin untuk memberikan bimbingan kepada anak mukim masing-masing, bagi mengelakkan mereka terleka dalam mengejar kehidupan duniawi.
Dalam masa yang sama, pihak sekolah juga digesa memainkan peranan untuk mewujudkan kembali keyakinan ibu bapa terhadap institusi pendidikan agama dengan memperkukuhkan kegiatan dan aktiviti untuk melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi setanding dengan sekolah lain.
Sementara itu, dalam majlis tersebut seramai 80 pelajar tingkatan satu menerima sumbangan pakaian seragam dan pelajar cemerlang PMR 2009 juga menerima sumbangan cenderamata daripada Abdul Latiff

Gambar Akiviti ADUN Mengkebang

February 9th, 2010

Sumbangan kepada pasukan seni silat bermin bersatu pasir kelang, upacara diadakan di pusat khidmat masyarakat adun mengkebang.Gambar: guru silat -muhammad alias ismail diperhatikan oleh penghulu mukim - pasir kelang haji adam bin mohamad dan wakil peserta - mohd fakrul hakim

Solat hajat dan majlis anugerah pelajar cemerlang (PMR 9A) serta sumbangan pakaian seragam sekolah kepada pelajar baru sekolah menengah agama (arab) as saadah mengkebang
80 orang.

Berucap di dalam program memperkasa Jabatan Amal Kelantan yang berlangsung di Madu, Machang.

Anggota unit amal tekun mendengar ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kelantan

Menyampaikan ucapan dalam satu majlis anugerah pelajar cemerlang anjuran Pasti Negeri Kelantan



bergambar beramai ramai sempena majlis penyampaian watikah dan majlis angkat sumpah penghulu di balai islam. Penghulu dalam parlimen kuala krai bergambar bersama ketua jajahan kuala krai, ahli parlimen dan adun.

YB Ustaz Abdul Latiff menyerahkan watikah pelantikan kepada pengarah Majlis Tindakan DUN Guchil.


YB menyampaikan sumbangan untuk program pengajian kitab kilat anjuran AJK masjid Sungai Pas


YB Ustaz menyampaikan syarahan sempena perasmian pengajian kitab kilat di masjid mukim sungai pas.

Isu wang Ihsan, pemuda kelantan lapor SPRM

February 8th, 2010


KOTA BHARU - Pemuda Pas melalui Ketuanya, Abd Latif Abd Rahman semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap kenyataan Pengerusi Perhubungan Barisan Negeri (BN), Datuk Mustapa Muhamed berkenaan pemberian wang ihsan.

Laporan yang dibuat melalui Exconya, Mohammad Abdul Rasyid Yah yang juga seorang peguam meminta agar SPRM mengadakan siasatan segera sebagai-mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Saya percaya bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar bidang kuasa mereka dan tidak pernah diberikan kuasa oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengadakan perbincangan tersebut dengan Perdana Menteri.

“Tindakan tersebut boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan terhadap penyaluran wang tersebut,” katanya sebelum menyampaikan aduan tersebut di pejabat SPRM di sini, semalam.

Laporan akhbar ini pada 1 Februari lalu menyebut bahawa UMNO Kelantan akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

Mustapa berkata, pi-haknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri.

Terdahulu, Abdul Latif berkata, laporan itu dilakukan bertujuan supaya SPRM membuat siasatan memandangkan usaha tersebut dikhuatiri berlakunya penyelewengan dari hasil royalti.

Katanya, sekiranya agensi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) satu badan yang tidak sah untuk menerima royalti minyak setelah ia ditubuhkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 1990, apa lagi untuk menggunakan saluran UMNO dan BN.

“Tindakan ini seme-mangnya di luar bidang kuasa UMNO Kelantan yang sepatutnya diberikan haknya pada kerajaan Kelantan yang dipilih rakyat mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kelantan, Mohd Jaafar Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terse-but. Katanya, beliau akan meneliti laporan yang dibuat sebelum tindakan susulan diambil.sumber sinar harian

Ceramah Isu Semasa Di Taman Sri Guchil

February 8th, 2010

Gagal bantu punca masalah keluarga

February 7th, 2010

CHENULANG - Hasrat pemimpin Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa kejadian pokok getah tumbang di Kampung Pasir Jering, dekat sini, tidak kesampaian selepas timbul masalah di pihak anggota keluarga mangsa. Penghulu Mukim Chenulang, Mat Jusoh Mat Nor berkata, peruntukan awal untuk membaiki rumah ke-luarga miskin terbabit yang rosak teruk dalam kejadian itu segera diluluskan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman. Menurutnya, peruntukan itu bagaimanapun tidak dapat digunakan selepas salah seorang anggota keluarga terbabit, juga abang mangsa tidak membenarkan bahagian rumah yang musnah itu dibaiki atas alasan membabitkan harta pusaka. “Bila usaha kita nak baiki rumah ini gagal, Ustaz (Abdul Latiff) bersetuju menukar peruntukan kepada projek bina rumah baru secara gotong-royong tetapi kita kena cari tapak baru. “Rumah yang rosak ini memang peninggalan arwah ayah mereka walaupun tapak rumah sebenarnya atas rizab jalan,” katanya kepada Sinar Harian: di sini, semalam. Beliau mengulas perkembangan terkini seorang penduduk Mukim Chenulang di Kampung Pasir Jering, Ab Rahman Nor, 27, dan tiga lagi ahli keluarganya selepas ke-luarga miskin itu menjadi mangsa kejadian pokok tumbang pada 2 Januari lalu. Kejadian memusnahkan ruang tamu rumah yang kini hanya tinggal dapur dan bilik kecil itu turut nyaris mengorbankan abang Ab Rahman, Muhamad, 59, juga seorang orang kelainan upaya (OKU). Isteri Ab Rahman, Rohaya Hassan, 23, dan anak sulung mereka yang baru berusia empat hari waktu itu juga bernasib baik apabila berada dalam bilik ketika kejadian. Mat Jusoh berkata, selepas mengenal pasti lokasi untuk kediaman baru kira-kira 500 meter dari rumah lama dan bersebelahan rumah seorang lagi abang mangsa, kerja menyiapkan tapak sekali lagi ‘dihalang’ orang sama. “Semua bahan binaan sudah dibeli untuk buat (bina) rumah baru tapi bila kita nak masuk siapkan tapak, abang dia (mangsa) tak benarkan atas alasan sama, sebab harta pusaka. “Sekarang ini kita tak tahu lagi macam mana nak bantu mangsa walaupun kita memang kasihan dengan nasib dia terpaksa duduk dalam keadaan rumah sekarang,” kata Mat Jusoh. Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan agar semua pihak terutama masyarakat setempat mengetahui punca sebenar rumah mang-sa sehingga kini masih belum dibaiki dan projek membina rumah baru tidak dapat dilaksanakan.

PEMUDA PAS CABAR PEMUDA UMNO

February 3rd, 2010

KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Kelantan mencabar Pemuda UMNO negeri mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya fakta yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang berkenaan isu royalti minyak adalah salah.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Pemuda UMNO patut membuktikan bahawa mereka tidak bercakap kosong dan membuat kecaman di dada akhbar seperti mana yang berlaku kebelakangan ini.
“Pemuda UMNO harus buktikan bahawa mereka tidak bercakap kosong dengan menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh pemimpin seperti Ku Li sekali gus menafikan Pemuda UMNO hanya ibarat ayam berkokok ekor bergelumang tahi,” katanya.
Abdul Latif turut menyarankan agar Ku Li mengambil tindakan keluar dari UMNO dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat terutamanya Pas yang terbukti istiqamah dan komited dalam memperjuangkan kebajikan dan hak rakyat.
Dalam perkembangan lain, Abdul Latif berkata, pihaknya bercadang agar Gerakan Bertindak Royalti Rakyat (Gegar) menganjurkan satu perhimpunan yang lebih besar di Kuala Lumpur yang melibatkan Ku Li dan pemimpin PR.
Di ALOR SETAR, Dewan Pemuda Pas Kedah membidas UMNO yang hanya berdiam diri terhadap tindakan Ku Li.
Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, sikap berdiam diri itu membuktikan parti itu adalah pengecut untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap anggotanya.
“Saya hairan kenapa UMNO tidak merujuk Tengku Razaleigh kepada Lembaga Disiplin parti itu memandangkan pandangan beliau dalam isu royalti minyak tidak berpihak kepada UMNO,” katanya.
Ahmad berkata, UMNO seharusnya mencontohi pimpinan Pakatan Rakyat yang menghadapkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dan Ahli Parlimen Bayan Bayu, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim kepada Lembaga Disiplin, ekoran lantang mengkritik anggota parti sendiri.

YB Ustaz Latiff seratai Lawatan Ke Majlis Tindakan DUN Guchil

February 3rd, 2010
Pas Kawasan Kuala Krai telah mengadakan lawatan kerja ke Mtd Guchil pada 23 Januari. Majlis bermula dengan sembahyang maghrib dan Insya berjemaah. YDP Ustaz Haji Abdul Latif sempat menyampaikan kuliah maghrib. Lawatan tersebut juga sempena dengan penyampaian watikah perlantikan AJK MTD Guchil bagi tahun 2010.Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.



Tingkat kualiti khidmat MDKK

January 15th, 2010

UALA KRAI – Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) adalah sebagai penggubal dasar legislatif yang akan menimbangkan dan meluluskan polisi, undang-undang kecil, anggaran belanjawan MDKK di samping membantu pihak pengurusan (eksekutif) yang bertindak sebagai pelaksana dasar dan sebagainya.

Yang Di Pertua MDKK, Adnan Husin berkata, hubungan rapat antara badan legislatif dan eksekutif amat penting dalam matlamat pembangunan sosioekonomi MDKK.

Menurutnya, pelantikan yang berkuat kuasa 1 Januari sehingga 31 Disember 2010 itu selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Seksyen 11, dengan tujuan membantu melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan sehingga ke akar umbi dan memenuhi hasrat kelom-pok sasaran iaitu pembayar cukai terutamanya warga bandar Kuala Krai.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli MDKK yang baru dipilih tahun ini. Harapan pada tahun baru ini, agar semua projek yang dirancang secara usaha sama antara MDKK dan pihak swasta bakal menjadi kenyataan.

“Projek pembangunan ini, boleh dijadikan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi MDKK pada masa depan, dan saya berharap, kegawatan ekonomi tidak menjadi halangan kepada projek tersebut yang meliputi pembangunan tujuh lot kedai di Jalan Tengku Ismail dan cadangan pembangunan di atas tapak Pustaka Ros, di bandar Kuala Krai,” katanya.

Adnan berkata, perlaksanaan kerja berwawasan melalui penetapan dasar utama dan strategi sedia ada perlu dirangka dan dikaji semula yang bertujuan memantapkan perkhidmatan majlis berdasarkan maklum basa dan aduan.

Katanya, ia juga penting dalam mengurus perbelanjaan secara berhemat dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, tetapi mungkin tidak dapat mengatasi peningkatan perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 kerana kekosongan kakitangan dan pegawai, membayar imbuhan dan bonus serta hal kebajikan lain.

“Selain itu, untuk menjadikan MDKK sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang berdikari dan berdaya maju ialah dengan meningkatkan punca hasil seperti memohon hak pemilikan tanah kerajaan sebagai aset jangka panjang. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak berkuasa negeri dapat menyegerakan permohonan berkaitan.

“Keduanya ialah memberi keutamaan kepada projek pembangunan seperti meningkatkan hasil kutipan semasa dan tertunggak, menghidupkan semula program kutipan bergerak secara sistematik, meningkatkan produk pelancongan dan riadah bersesuaian dengan keadaan fizikal dan pembayar ekosistem MDKK serta meningkatkan keselesaan pembayar cukai melalui program keceriaan, kebersihan dan keindahan,” katanya.

Justeru, beliau berharap semua kakitangan, pegawai, ketua jabatan dan ahli majlis sama berganding bahu melaksanakan tugas masing-masing secara kolektif sebagai suatu ibadat.

Sementara itu, salah seorang ahli majlis yang baru dilantik, Narainan a/l Kunjiapah berkata, beliau akan cuba melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membantu MDKK dan penduduk setempat.

Katanya, segala pengalaman yang diperolehnya sebagai ahli majlis Dabong sebelum ini akan diaplikasikan sebaik mungkin di MDKK.

“Sebelum ini, saya pernah dilantik sebagai ahli majlis di Dabong pada 2008 dan tahun ini sekali lagi saya diberikan peluang untuk memikul tanggungjawab yang sama.

“Saya harap, kita semua dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaiknya untuk rakyat di Kuala Krai,” katanya.

Seorang lagi ahli majlis, Salma Ismail berkata, pelantikannya akan dilaksanakan untuk membantu meningkatkan prestasi ahli majlis dan membantu segala melicinkan urusan yang diamanahkan oleh majlis.

“Semua tanggungjawab yang diberikan adalah suatu amanah yang perlu kami sama laksanakan melalui perundingan dengan semua ahli yang lain.

“Saya percaya ia akan membantu pihak MDKK mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan dan rakyat setempat untuk mendapatkan hak mereka yang terbaik pada sesi tahun ini,” katanya.