Rombongan Pemuda Pas Negeri lawati tahanan lanun

Kota Bharu - Menjadi tawanan kepada lanun adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan mangsa mengalami trauma. Pengalaman sebegitu tentu amat susah hendak diluputkan dari ingatan. Mangsa juga mungkin mengalami tekanan perasaan.

Mengambil kira diatas faktor tersebut dan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat kunjungan ziarah keatas salah seorang mangsa tawanan lanun di Laut Aden, Somalia.

Rombongan tersebut diketuai oleh YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman (ADUN Mengkebang) yang juga merupakan Naib Ketua DPPNK, Ustaz Muhammad Hafiz Musa (Pengarah Unit Amal Negeri Kelantan).

Turut serta ialah Setiausaha Unit Amal Negeri Kelantan, Ustaz Muhammad Haniff Wan Ahmad dan Cikgu Muhammad Nuri Yaakub (Ketua Pemuda Pas Kubang Kerian).

Menurut YB Ustaz Abdul Latiff Haji Ab Rahman, lawatan itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga  dalam menangani musibah yang dihadapi.

Beliau juga menyatakan rombongan DPPNK yang diketuai oleh beliau menunjukkan sikap cakna serta prihatin pimpinan pemuda pas terhadap mereka yang dilanda masalah.

Comments are closed.